Caramasak nasi minyak: Mula-mula panaskan periuk nasi elektrik. Kemudian masukkan minyak sapi dan minyak masak. Setelah dah panas, masukkan bawang besar, 4 sekawan, serai dan daun pandan. Kacau dan tumis sehingga naik bau wangi. Kemudian masukkan beras basmathi yang dah siap ditos tadi. Kacau sekata dan masukkan air. Sempena dengan cuti ni, kami nak berikan resepi nasi minyak lengkap dengan lauk ayam masak merah dan daging masak hitam. Yelah, mana tau musim cuti atau hujung minggu ada ada rasa nak makan nasi minyak bersama-sama dengan anak, boleh la cuba kan. Sebelum masak resepi nasi minyak, kami nak berikan tips untuk anda cuba sebelum dan ketika masak nasi minyak untuk dapatkan hasil yang bagus. 1- Gunakan beras basmathi yang hasil sepuas hati, jangan la guna beras biasa ya. 2- Selepas sahaja nasi sudah masak, terus keluarkan bahan tumis seperti bunga lawang,kayu manis,cengkih,buah pelaga. Kenapa ? Untuk elakkan dari rasa berlebihan dalam nasi yang telah siap dimasak. 3- Nasi minyak sesuai dihidangkan dengan acar timun mentah bersama sedikit kubis dan lobak merah, lauk ayam masak merah atau daging masak hitam. 4- Jika anda ingin guna 3,4 jenis pewarna, renjis sedikit ke bahagian atas nasi ketika nasi minyak sudah masak dan cakar dengan garpu. 5- Untuk elak nasi minyak patah, kaup dari tepi periuk bawang goreng,kismis, kacang jika mahu. Dah ada tips nya , jom kita tengok dan hadam resepi nasi minyak istimewa pakar la anda memasaknya. Bahan Resepi Nasi Minyak Untuk Nasi 3 cawan beras 3 cawan air 3 cawan susu segar 3 sudu makan penuh mentega 3 sudu makan bawang besar Holland dan halia yang dikisar Rempah 4 beradik kayu manis, bunga lawang, cengkih & buah pelaga 1 helai daun pandan Secubit garam, gula & ajinomoto utk perasa ikot selera masing2 Cara Penyediaan Resepi Nasi Minyak 1 Basuh beras basmathi dengan bersih dan toskan. Dalam kuali, cairkan mentega dan tumis bahan rempah 4 beradik sehingga naik api besar sedikit dan masukkan air bersama susu mendidih. 2 Masukkan beras dan simpulkan daun pandan. Masak nasi sehingga masak. Bila dah masak biarkan kering sikit dan barulah masukkan tak nak masukkan pun takpe. 3 Kaup nasi minyak dari tepi periuk untuk elak biji nasi patah dua. Tips Kalau masak nasi 7 cawan untuk ramai makan, guna air 9 cawan dan susu segar 5 cawan dah cukup. Dah siap nasi untuk resepi nasi minyak best ni, kita boleh la sambung dengan buat acar mentah dan juga lauk pilihan. Kami beri dua resepi lauk untuk anda pilih atau buat keduanya sekali makan dengan hidangan ini. Untuk resepi ayam masak merah, anda boleh terus ke link ini untuk tengok 3 versi ayam masak merah yang mana berkenan di hati dalam artikel ini juga 3 Versi Ayam Masak Merah Untuk Anda Cuba Suka No Kalau mahu daging masak hitam pula untuk digandingkan dengan resepi nasi minyak ini, kami ada dua versi yang sangat versi untuk 1 kilogram daging dan satu versi lagi untuk 5 kilogram daging. Sesuai sangat la untuk masak makan dengan keluarga atau jamu ramai orang. Resepi Daging Masak Hitam 2 Versi Untuk Harian Dan Kenduri Untuk acar mentah pula, hiris timun secara memanjang, parut memanjang lobak merah,hiris nenas dan juga kubis. Jangan lupa masukkan juga hirisan cili. Gaulkan dalam bekas ,masukkan sedikit cuka makan sesuai dengan bahan acar mentah, sedikit garam dan juga gula. Kacau rata dan masukkan dalam peti atau biarkan 30 minit supaya meresap masuk dalam bahan sedap rasa acar. Lengkap kan resepi nasi minyak kami beri istimewa untuk anda cuba di mencuba tau.
Kalaudi Kedah banyak jumpa daging masak hitam berempah dan dihidangkan bersama nasi minyak yang seakan-akan nasi tomato tetapi pudar sikit warna merahnya. Selalunya dijual pada waktu pagi untuk sarapan pagi sebagai nasi bungkus. Orang Kedah memang sarapanya bukan sekadar nasi lemak dan kuih muih, tetapi nasi berlauk juga.
Zuriana14/06/2023saya order nasi lemak tadi tapi tak dapat sambal & kari😅😅Noor13/06/2023tak pernah tak makan ayam masak merah pun terpaling sedapAlia11/06/2023Sedap ...klu la ada Menu Rahmah Harga tak mahal...hari2 saya order !!NADIA08/06/2023Order nasi minyak dapat nasi putih..nasib anak sy mkn sb dia memilih sb dia oku..lauk2 sedapZuliana29/05/2023Ayam goreng bawang sedap sangat⭐️Zuliana25/05/20235⭐️Siti23/05/2023Nasi lemak telur goreng sedap. Teh tarik sedap walaupun murah, cukup rasaNur21/05/2023semoga dimurahkan rezeki tuan kedai sebab bagi extra lauk dan nasi minyak..Hani21/05/2023tolong add menu bihun goreng dalam food panda. nak makan bihun kena order greb pulak. charge mahal. Hana18/05/2023semue sedappppppNor17/05/2023Love ayam bakar so much 😆
Panaskanminyak dan masukkan daging dan dikacau rata. Kemudian masukkan bahan kisar dan semua bahan lain. Biarkan masak sehingga daging lembut dan pecah minyak. Akhir sekali masukkan air asam jawa dan gula serta garam. Jika suka, masukkan sekali bawang besar hiris sebagai hiasan. Bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidangkan. Kongsi Suria Amanda Sebelum itu, nak tanya dah klik iklan google di blog saya ke belum? Kalau belum, bolehlah kasi klik dulu tau. Hahaha. Dah nama pun blogger masakan, pastinya saya akan cuba memasak pelbagai versi untuk satu satu masakan. Sebagai contoh, ada yang menulis komen, bahawa mereka menyediakan laksa tak letak bawang putih, tak masak dulu cili dsb. Saya tak kisah pun dengan komen begitu. Boleh juga saya belajar cara mereka menyediakan laksa. Memang lah itu pun cara saya menyediakan laksa selama ini. Tapi bila saya belajar sesuatu yang baru, saya mencubanya. Jadi saya masukkan 1 ulas bawang putih dan bahan kisar dimasak dulu bagi masak dan wangi sebelum dimasukkan air rebusan ikan. Pada saya, jangan takut untuk mencuba dan bereksperimen dengan sesuatu yang baru. Nanti suami pun jemu dok makan yang sama jer rasanya. Hahaha lebih kurang begitu lah analoginya. Sebenarnya bila menyentuh bab suami ni, macam mana baik sekali pun isteri kalau mereka nak menggatal dengan perempuan lain, mereka buat juga. Jadi bukanlah salah isteri tak pandai memasak, tak pandai memasang badan. Hatta isteri bergaji mahal, isteri yang membeli rumah dsb pun masih ada suami yang tak sedar diri sehingga sanggup menjebakkan diri dengan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan. Maaf saya memang benci lelaki sebegini. Duit selalu kering, tak sedar diri dan ada hati nak mengorat lain. Yang lagi bahalol, boleh mengorat saat bini ada tidur di sebelah. Boleh bayangkan tak betapa tak boleh pakai lelaki macam ni. Yang perempuan pun sama juga, yang nak pergi menempek dengan lelaki dah beristeri buat apa. Dunia kan macam roda, satu hari ianya akan terkena kat keluarga sendiri. Jadi kepada semua wanita di luar sana, kena bekerja dan menpunyai kedudukan kewangan sendiri yang kukuh supaya hidup tidak mudah dikotak katik oleh suami. Hidup berdikari, ada simpanan sendiri yang seharusnya dirahsiakan dari sesiapa sahaja. Saya suka makan daging seperti ini dengan pulut kuning walaupun sedap juga dimakan dengan lain lain masakan seperti nasi beriyani, nasi lemak, mee hoon dsb. Pendek kata, lauk daging memang versatile, sedap dimakan dengan apa apa jer. Daging masak hitam seperti yang saya tulis di atas ada bermacam cara, tapi bahan utama yang mesti ada ialah kicap. Yang lain lain jer berbeza. Tapi kita kena rajin mencuba supaya kita dapat mempelbagaikan masakan daging masak hitam buat keluarga layan resepi daging masak hitam yang saya sediakan di bawah ini. Video penyediaannya ada di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...Daging Masak Hitam kak zaidahBahan bahan1 kg daging batang pinang2 sudu besar cili kering kisar 2 sudu besar rempah kari daging 4 sudu besar kicap manis Bahan A- tumis2-3 sudu besar minyak sapi 1 kayu manis, 2 bunga lawang, 4 buah pelaga, 5 bunga cengkih7 biji bawang merah - hiris 2 helai daun pandan Bahan B - kisar5 biji bawang merah 4 ulas bawang putih ¾ inci halia¾ inci lengkuas2 batang seraiBahan C - sangai & kisar1 sudu besar ketumbar 1 sudu besar jintan manis 1 sudu besar jintan putih Bahan D2 sudu besar kerisik 2 sudu besar tomato puri 1 sudu besar gula ½ sudu besar garam Cara caraPanaskan minyak sapi dan tumis rempah 4 sekawan, bawang hiris dan daun pandan sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan kacau lagi. Masukkan pula bahan B, bahan C dan rempah kari. Tumis sehingga bahan tumis benar benar masak dan terbit minyak. Masukkan kicap dan daging. Kacau rata. Tambahkan air untuk daging empuk. Setelah terbit minyak, masukkan bahan D. Masak sehingga kering. Sebelum dihidangkan tabur bawang goreng. Sedap dimakan dengan nasi beriyani, nasi minyak dan nasi tomato.

CaraPenyediaan Resepi Daging Masak Hitam Kenduri : #1: Panaskan minyak tumis 4 serangkai sampai naik bau. Masukan daun kari,bawang putih, bawang besar dan halia biar sampai layu dan kuning. Masukan bawang mesin masak sampai bawang layu dlm 5-10 minit. #2: Masukan cili kisar biar sekejap dlm 5 minit sambil kacau.

Dulu paling tidak sebulan sekali dapat merasa makan kenduri. Sekarang musim pandemik terasa rindu nak makan nasi minyak kenduri dan daging masak hitam nya. Kena pula dengan lauk tambahan ayam goreng dan acar mentah. Memang padu. Kalau rindu nak makan kenduri tu, jomlah buat nasi minyak sendiri. Buat hidangan istimewa hujung minggu atau hari raya. Sebenarnya tak susah pun nak masak nasi minyak ni. Lauk pun boleh padankan dengan apa sahaja yang anda gemari. Selalunya lauk kenduri ni daging masak hitam, ayam masak merah, daging kurma dan macam-macam lagi. Kali ni kita masak yang simple-simple je iaitu daging masak hitam. Nak kan hidangan lengkap buatlah sekali acar mentah. Nak buat nasi minyak ni sebenarnya lagi sedap kalau masak dengan beras basmathi. Tapi kalau gunakan beras biasa pun enak juga. Kat kenduri pun biasanya beras biasa juga yang dihidangkan. Ikutlah mana yang anda suka. Yang penting nasinya wangi dan terasa aroma. Makan dengan lauk apa pun memang layan. Jom ikut resepi mudah yang dikongsikan oleh Mdm Kelly ni. RESEPI NASI MINYAK KENDURI DAN DAGING MASAK HITAM Untuk nasi minyak, sukatan air sama je macam biasa masak nasi dengan beras yang anda masak selama ni. Kalau guna beras basmathi ada sukatannya juga. Yang penting perlu ambil kira semua cecair yang dimasukkan sebagai sukatan air beras. Bahan-bahan nasi minyak 4 cawan beras basmathi rendam dan cuci bersih 1 batang serai diketuk Halia Hirisan bawang besar 4 sekawan Daun pandan 2 sudu makan minyak sapi 2 sudu makan minyak masak 3 cawan susu cair + air biasa cukupkan 7 cawan air Sedikit serbuk kunyit Garam Kismis Cara masak nasi minyak ▶️ Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk. ▶️ Kemudian masukkan 4 sekawan dan daun pandan. Tumis sampai naik bau. ▶️ Masukkan pula serai, halia dan hirisan bawang besar. Tumis lagi sehingga wangi dan garing. ▶️ Masukkan beras dan kacau sekejap. ▶️ Lepas tu masukkan susu cair, air dan garam. Gaul sebati. ▶️ Kemudian angkat periuk dan masukkan dalam periuk elektrik. Biarkan nasi masak seperti biasa. Bahan untuk daging masak hitam 1 kilo daging potong kiub dan cuci bersih Bahan kisar 2 labu bawang besar 4 ulas bawang putih Halia Bahan tumis 1 batang serai 4 sekawan Kicap manis Kicap masin Sos tiram 3 sudu makan cili kisar ½ sudu makan serbuk jintan manis dan putih Gula kerek sedikit Cara masak daging masak hitam ▶️ Panaskan minyak dalam kuali dan tumis 4 sekawan dan juga serai sampai garing dan naik bau. ▶️ Kemudian masukkan bahan kisar, cili kisar, kicap dan daging. Kacau sebati dan masak dengan api yang perlahan. ▶️ Masukkan serbuk jintan dan tambah lagi kicap dan gula. Tak perlu masukkan garam. ▶️ Biarkan daging terus direneh sampai masak dan empuk. Kalau kering kuahnya, tambahkan air lagi dan sambung mereneh. ▶️ Dah empuk daging boleh padamkan api. ▶️ Sedia dihidangkan dengan nasi minyak. BACA JUGA Resepi Ayam Goreng Berempah Macam Kenduri. Sedap Dan Wangi. Tak Perlu Perap Lama Sangat Pun. Hidangan ni yang paling simple sekali. Kalau anda nak lebih lengkap dan menaikkan selera, boleh hidangkan sekali dengan acar mentah dan juga papadom. Cara buat acar mentah mudah je. Sediakan timun, lobak merah, bawang besar, cili merah, cuka makan dan sedikit garam dan gula. Potong sayuran tu dan gaulkan dengan cuka dan bahan perasa. Dah siap. Hujung minggu ni tak perlu pening-pening fikir nak buat apa untuk hidangan istimewa keluarga. Buat je nasi minyak kenduri dan daging masak hitam. Barulah rasa special sikit. Selamat mencuba!
RnHyndv. 216 399 58 252 249 292 59 253 181

nasi minyak daging masak hitam